Saturday 17 November 2012

Kehidupanku di Matrik (Kawan)

Hai. Nama saya Azzan. Saya sekarang berada di Matrikulasi Perlis. Dan disini, saya mempunyai beberapa rakan yang saya percaya di sini. Daaann...kebanyakkannya roomate saya. Haha. Jom, saya perkenalkan rakanrakan saya yukkk!

Ayie
Nama penuh dia Muhammad Nazree. Berasal dari Wangsa Maju,Persekutuan Kuala Lumpur.
Ni kalau kitorang duduk sekali, mula la kitorang buat perkara yang menentang syariat. Haha. Takdelah. Kami hanyalah berkelakuan gilagila. Macam main pelukpeluk dan sebagainya. Haha. Saya sayang dia. Dia sentiasa ada di sisi saya walaupun kami lain kuliah. Haha
Ya. Saya berani mengaku. Saya sememangnya sayangkan dia. Dia banyak menyusahkan saya dikala saya senang, dan menyenangkan saya di masa susah. But hey, itulah fungsi kawan baik kan? Oh, dia juga merupakan lelaki idaman  setiap perempuan didalam kuliah A8. Ya. Saya sering mencemburui beliau memandangkan rupanya yang tampan,kulit yang seakan orang cina sememangnya menjadi rebutan gadisgadis. Tapi takpe, perkara ini juga merupakan bahan utama saya untuk membahankan dia. Haha. Dialah antara rakan saya yang saya kasihi disini.

Safwan

Safwan berasal dari daerah Kajang, Selangor. Dia la orang yang paling tinggi kat bilik kitorang. Plus, dialah yang paling banyak berusaha dekat bilik kitorang. Dia jugak merupakan mangsa buli utama Ayie. Ala, bukan buli betilbetul. Just menjadi mangsa gay Ayie. Haha.
Dia jugak la orang yang paling minat Anime antara kitorang. Kalah aku bai. Haha
Setiap jumaat, pukul 7, ha. Dia la yang takde dalam bilik. Maghrib semua entah kemana. Haha. Dia jugak ada jawatan sebagai pengurus kelab apa tah. Tapi memang ada la. Haha.
Ermm. Oh. Dia ni la partner tv aku. Maklumlah. Kami takde laptop bagai. So,untuk membuang masa kami yang sentiasa banyak ni, kitorang selalu tengok tv. Cerita apa? Entah. Ikut nasib. Haha.
Soo.. That's him. Safwan. Seorang yang sentiasa cool dan pandai bagi saya. :D

Angah

Fuhh. Dia ni hotstuff. Dalam bilik kitorang, dia dengan ayie la yang paling hot dan hensem. Haha
Dia ni jugak atlit Kakom dalam bolasepak. And like serious shit, dia ni hebat gilsbabs dalam bola. Dia dulu pernah cakap kat kitorang dia pernah masuk Terengganu punya akademi. Oh aah! Dia dari Terengganu. Duduk kat Kemaman. Dia ni gila dalam study. Sumpah gila. Boleh keluar mencarutcarut dia kalau study especially math. Haha. Tapi kan, dia boleh bahagikan masa antara bola dengan study yang gila tu. Haha
Dia boleh bangun pagipagi untuk catchup apa yang dia miss masa kuliah. Itu sungguh damn okay? Haha.
Dia agak kurang a lepak dengan kitorang sebab dia banyak geng. Geng kelas,bolasepak dengan Terengganu. But still ada masa
Untuk lepak dengan kitorang at certain time. Haha.

Azreen

Haha. Azreen. Nothing much to say about him. Haha. Serius kot? Tak ada benda yang nak cakap kat dia. Haha. Dia seorang yang amat misteri dan creepy. At first, memang dia tak banyak bercakap langsung dengan kitorang. Tapi as the time passed by, dia mula berinteraksi dengam kitorang. Haha. Boleh nampak la dia mula masukkan kitorang dalam life dia kat matrik ni. Haha. And dia adalah seorang yang sangat genius dalam math. Aku dan safwan memang jeles gila dengan dia. Masa Pspm dulu, kami yang bagai nak gila study untuk dapat result gempak. Tapi dia buat apa? Main Minecraft almost everytime. Study week? Same. Pspm? Same. Tanya boleh buat ke tak? Boleh jeee. Haha. Siot Azreen. Kenapa kau pandai sangat ha? Haha.

So itulah dia. Bestfriend aku dekat matrik. Haha. Aku harap sangat friendship kita ni kekal sampai bilabila. Aku tau korang memang akan anggap 'ey,gila gay zan?' haha. Tapi bagi aku, aku memang sayang gila kat korang okay? Hope lepas matrik ni kita still jumpa broo.
*brofist*

0 comments:

Post a Comment