Sunday 6 July 2014

Untuk awak yang sentiasa meragui.

Buka pintu hati?
Apa maksudnya? Apa signifikannya? Apa kebaikannya? 
Ya, cinta mungkin pernah menjatuhkan kita suatu masa dulu.
Tetapi biasalah, yang datang mesti pergi.
Dan kemudiannya pasti datang yang baru.
Namun, 
Terbukakah hati kita untuk menerima suatu benda yang baru?
Bolehkah kita, yang kononnya pernah mencintai sehabis boleh, membuka episod baru?
Memang ada percubaan.
Memang ada insan yang sudi mengganti.
Namun diri ini dari dulu susah untuk membuka episod baru.
Mungkin diri ini, masih tidak mengerti bahawa episod bersamanya masih belum mencapai konklusi.
Atau mungkin konklusinya tak boleh diterima oleh diri sendiri?
Entahlah.
Kemudian, bila awak datang.
 Menagih cinta dari diri ini yang telah lama berkarat.
dan seperti pomen, engkau salurkan minyak ke atas karat dengan harapan ianya berfungsi seperti baharu.  Lalu dengan sekelip mata, ia berhasil. Berfungsi seperti benda baru.
Hairan dan hairan.
Mungkin minyak yang awak gunakan tu, minyak yang ikhlas? Entah. I dont really know.
Hiperbola minyak dan benda karat mungkin kotor.
But yeah, that'll do for me. 

Well, what can i say? Love always works in a mysterious way, sayang. :)


0 comments:

Post a Comment