Wednesday 1 October 2014

Cahaya.

Lorong.
Gelap,  hitam,  kosong.
Terpaku dia mencari cari jalan.
Meraba setiap pelusuk dinding agar dibimbing.
Ada lubang,  ada rekah.
Semua telah dia redah.
Namun semuanya masih gelap dan hitam.
Tiada lampukah? Tiada cahayakah?
Ada.  Cuma lilin yang ada.
'Mungkin cahaya api lilin itu tidak kekal lama. ' ' Mungkin cahaya lilin itu tidak akan kekal lama bersamaku.' ujarnya.
Lalu diredahnya lagi dengan tapak tangan meraba raba dinding dengan harapan menjumpai lampu picit yang kekal.
Dan setelah sekian lama meraba,  sedarlah dia bahawa lilin itulah yang dicarinya.  Lalu celaka lah dia didalam lorong, mencari jalan keluar yang hitam dan gelap tanpa cahaya.
Sedarlah dia bahawa lilin yang tidak besar,  lilin yang tidak kekal itulah yang sanggup bersamanya.

0 comments:

Post a Comment