Wednesday 1 October 2014

#AkuRaja

Raja sehari Permaisuri hati,
berdiri sebelah bersilang kaki.
menjadi sempurna tiadalah reti,
apa yang boleh,  hanya cinta hakiki.

Hai sayang janganlah gelisah.
jarak kita tiadalah besar,
jangan difikir benda yang susah,
Kerna kita,  takkan terpisah.

Mahkota raja dipakai dikepala,
pelbagai rantai dipakai di dada.
Jangan risau apa orang kata,
Asalkan kita sentiasa bahagia.

Aku lelaki sangatlah biasa,
tiada istimewa berbanding mereka.
Oh sayang kamu jangan kecewa,
kerana aku sentiasa cuba sedaya upaya.

Aku bukanlah raja kaya dunia,
tidak pula usahawan berjaya.
sayang jangan risau pasti ku usaha,
kerana hati kau,  pasti ku jaga.

Apa yang penting,  Aku masih raja di hati anda sayang. 

0 comments:

Post a Comment