Wednesday 29 July 2015

Cuma media sosial.

Bukan tinggi harapanku untuk punyai muka sendiri di laman sosialmu.
Cuma dengan cara itu, diri rasa dihargai setelah penat lelah.
Cuma dengan cara itu, diri rasa dikenang setelah berkorban raga.
Cuma dengan cara itu, diri rasa dicintai setelah menyintai.
Bukan apa, diri cuma mahu tahu bahawa dirimu tidak menyembunyikan 'kita'.

Bukan mahu menuduh masa-masa mu yang wajar diikuti,
Cuma diri rasa terkilan kerana dengan kawanmu, tiada masa yang diikuti.
Oh. Ia cuma media sosial.
Kita lihat esok. :)

0 comments:

Post a Comment