Wednesday 15 July 2015

#HubunganImpian/#RelationshipGoals


Baru naik cerita mereka
cerita mereka berbahgia
wah,  hebatnya si lelaki dia
sungguh manis melayan ratunya

tersebar gambar captionnya gila
menangkap hati ramai gadis muda
Go Pro impian semua orang muda
diberinya hadiah,  siapa tak naik gila?

Terdetik di hati bagaimana dengan dia
Sengajaku buat ayat sebegini rupa
'aku tiada apa untukmu tidak seperti dia'
Namun jawapanmu buat ku tak terduga

'Tiada apa yang pernah diminta. '
' Cuma belon dan sejambak bunga. '
Tersenyum hati ku melihat jawapannya
kerana aku tau,  itulah dia yang sebenarnya.

Terdetik di hati bagaimana pasangan kaya tadi
kalau mudamuda telah dibayangi kemewahan sebegini
bagaimana kalau satu masa mereka jatuh,
apakah mereka masih utuh?

kemudian diri tersedar dengan satu perkara,
hey sayang,  inilah #HubunganImpian kita.

0 comments:

Post a Comment